Tuesday, March 24, 2009

Debarn cinta.......Surat cinta buat ummi.siri4

24mac 2019.9pm

Assalamulaikum,ummi yang dicintai.

Bismillah yang Ar-Rahman dan AR-Rahim ,AMAN menulis surat lagi buat ummi,

Buat pengetahuan ummi, AMAN ada sediakan 3 surat sebelum ini untuk ummi.Yang AMAN dah serah pada ummi hanyalah 2 yang pertama.yang ketiga AMAN tidak jadi serahkan kepada ummi kerana tindak balas ummi kepada surat siri dan siri kedua bagi AMAN adalah adalah diluar jangkaan.

Tak .Sebenarnya AMAN dah jangka,

Mungkin ummi tidak dapat menghayati lagi apa yang AMAN ingin sampaikan.Sebab itu , AMAN minta umi mengulangi pembacaan surat cinta siri pertama yang AMAN serahkan.

AMAN paham perasaan ummi.

Tak , salah ! Sebenarnya AMAN tidak paham perasaan ummi.

Maafkan anak ini,wahai ummi,

Sebab itu AMAN ingin mengingatkan diri AMAN ini , yang sememangnya tidak layak menasihati ummi,akan satu nasihat dari nabi kita tentang kesabaran.

Seperti yang AMAN pernah katakan ketika ummi memberi respon terhadap surat siri satu dan dua,

Nabi kita sebenarnya tidak lah memahami perasaan seorang wanita,kerana dia bukan wanita,

jugalah sesuatu ujian yang melanda seseorang itu tidaklah difahami oleh orang lain,yang paham sebenarnya adalah Azza wajala dan orang itu sahaja.

Tapi kita lihat dan harus ingat,Allah tidak membebani hambanya dengan sesuatu yang hambanya tidak mampu hadapi,surah 2 ayat terakhir.

Juga mari kita melihat akan satu hadis nabi yang menasihat seorang wanita yang meratap kematian suaminya,

Sekali lagi AMAN katakan Rasulullah SAW tidak memahami perasaan seorang wanita,tapi apabila nabi Nampak wanita itu bersedih luar biasa maka dia angkat bicara dan mengajak wanita itu bersabar.

Kita juga tahu respon wanita berkenaan,dia marah kembali rasulullah SAW ,rasulullah SAW berlalu , selepas itu sahabat memberitahu , itu rasulullah SAW ,wanita itu sedar akan dia perlu terima nasihat untuk bersabar,dan dia minta maaf kembali kepada rasulullah saw.

Hampir Semua muslim dan muslimat tahu cerita tersebut dan mengeTAHUi pesanan kesabaran itu perlu,juga banyak lagi dalil hadis dan Al-Quran yang menyokong.

Tapi…benar seperti kata Abu Saif(saifulislam.com).Kita bertindak bukan berdasarkan kita TAHU,tapi berdasarkan kita MAHU.

Al-Quran membenarkan kata Abu Saif tersebut.Rasanya Abu Saif pun dapat kata tu dari orang lain,Cuma dia permudahkan,Dan memang pun kata tersebut diringkaskan dari dalil-dalil Al-quran.

Memang benar,lihat sahaja masalah solat,kalau ditanya orang-orang yang tidak solat,tahu tak?,solat tu penting,?mereka jawab tahu,tapi bila diajak solat,suruh kita pergi dulu dan macam-macam alasan.

Kerana kita bertindak berdasarkan apa yang kita MAHU.

Maafkan AMAN sekali lagi jika melalut lagi,

AMAN mengetahui, AMAN telah memberi sedikit tekanan apabila menulis surat tersebut,

Maafkan anak ini sekali lagi,

Walaupun sekali lagi bukanlah AMAN bermaksud untuk mengubah niat ummi secara seluruh terhadap tuntutan fasak dari ayah,tapi apabila ummi memberikan respon kepada kedua-dua surat itu, MAN menjadi lemah dan tidak berdaya untuk serahkan surat ke 3.

Surat ketiga dibuat pada tarih yang sama , isinya adalah sedikit harapan dan penerangan yang lebih tentang satu nama yang AMAN timbulkan dalam surat sebelumnya.Ummi mesti ingat KAN ,namanya Muhammad Fathi Farhat.-Dengan izzinALlah AMAN akan serahkan surat siri 3 itu,bersama wasiat Muhammad Fathi Farhat.

Tapi AMAN bersyukur kerana pada hari berikutnya, ketika ummi meluahkan perasan lagi dengan tekanan ummi rasakan sampai menangis ,Allah azza wajala ,yang maha besar dan maha berkuasa telah memberikan ketenangan di akhir luahan rasa ummi kepada AMAN.

AMAN dapat lihat sedikit ketenangan di wajah ummi pada akhir dialog kita ,petang itu ,kerana kita akhiri percakapan petang itu yang ummi emosi awalnya ,seperti biasa,berkat izin Allah juga ,kita sama-sama meningati-NYA.

Allah maha kuasa .KepadaNYA kita kembali.

Ummi tenang,ummi solat petang tu kat kedai pun AMAN lihat tenang,

AMAN pun tenang,

juga AMAN senang.

Alhamdulilah.YA Allah ,YA Rab ana,kau telah beri ketenangan di dalaM hati ummiku pada petang itu.

Alhamdulilah.

No comments:

Post a Comment